Dalam fasa dunia sibuk dengan peperangan yang berlaku di Palestin,
ramai yang mula boikot produk-produk yang berkaitan dengan Israel.
Antara produk yang terkesan adalah produk penjagaan diri harian (jenama antarabangsa)
yang terpaksa kita korbankan untuk menunjukkan sokongan terhadap Palestin
walaupun tidak dapat bersama-sama membantu berjuang di medan perang untuk menjatuhkan Israel.
Ustazah Marhamah selaku Founder BR Care juga turut terkesan kerana jenama yang selama ini dipakai adalah jenama yang
perlu diboikot. Hikmah peperangan yang berlaku ini, kita menjadi lebih berhati-hati dalam pemilihan sesuatu produk /
jenama. Walaupun dalam media sosial Ustazah Marhamah kurang aktif membahas berkenaan boikot, namun dalam diam
sedang mencari solusi kepada pengguna lain yang juga turut terkesan.
Daripada segi pemakanan, ada banyak alternatif lain tetap untuk produk penjagaan diri (deodorant) terutamanya untuk memastikan
kebersihan dan keselesaan bau badan kita sangat susah untuk cari lagi-lagi untuk kulit yang sensitif. Ustazah Marhamah sendiri memiliki
kulit yang sensitif dan sudah cuba beberapa jenama lain yang tidak diboikot, namun belum ada yang sesuai (sering mengalami iritasi
dan gatal-gatal).

.jpg)
.jpg)
Di sinilah, Ustazah membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat daripada seorang hamba Allah yang mempunyai
kilang GMP. Setelah melalui proses membentuk formulasi yang bersesuaian dengan kulit yang sensitif, kami telah memberikan kepada
hampir 200 orang untuk mencuba produk ini dalam tempoh sebulan lebih. Alhamdulillah setakat ini kami menerima feedback yang
positif. Dan kami bercadang untuk jual produk ini bagi menampung kos pendidikan dan kebajikan asnaf di Pertubuhan Kebajikan Bayu
Raudhah Sabah. Hikmah daripada isu boikot ini, kita bukan sahaja dapat membantu menjatuhkan ekonomi Israel sekaligus dapat
membantu Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah membayar komitmen dan meneruskan usaha kebajikan dan pendidikan asnaf.
.
NO. KKM : NOT240105502K
Deodoran ini telah lulus KKM dan tuan puan boleh buat semakan No. KKM tersebut pada link di bawah :
https://www.npra.gov.my/index.php/my/consumers-2/maklumat/carian-produk-berdaftar-bernotifikasi.html
Apa kata pengguna BR Care Deodorant ?
.jpg)
.jpg)
.jpg)

